Cari:
Brexit Dilaksanakan Secara Berperingkat-peringkat
2017-02-03 11:38:50 CRI Cetak

Kerajaan Britain mengeluarkan kertas putih berhubung dengan keluar dari Kesatuan Eropah atau "Brexit" semalam yang menjelaskan matlamat negara itu dalam bentuk dokumen perundangan, dan menegaskan bahawa Brexit perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, sekali gus menandakan bahawa Britain telah memulakan langkah meninggalkan pasaran tunggal EU secara rasmi.

Kertas putih yang mengandungi 77 muka surat itu menjelaskan 12 prinsip asas Brexit, dan kebanyakan kandungannya terdiri daripada penambahbaikan dan pemurnian kepada matlamat dan prinsip asas Brexit, seperti dalam syarahan Perdana Menteri negara itu, Theresa Mary May.

Britain akan menguatkuasakan Artikel 50 Perjanjian Lisbon pada bulan Mac bagi memulakan proses Brexit.

Dewan Rakyat Britain kelmarin meluluskan rang undang-undang yang memberi kuasa kepada Perdana Menterinya, Theresa May, untuk memulakan langkah membawa keluar negara itu daripada EU. Menurut prosedur berkenaan, rang undang-udang tersebut sebelum berkuatkuasa, masih perlu dipinda oleh Suruhanjaya Dewan Rakyat, seterusnya ditentukan nasibnya dalam pengundian anjuran Dewan Negara Parlimen dalam beberapa minggu akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China