Cari:
Jumlah Pelancong di China Catat 344 Juta pada Musim Cuti TBC
2017-02-03 14:53:27 CRI Cetak

Menurut Jabatan Pentadbiran Pelancongan China, China telah menerima 344 juta pelancong dalam musim cuti Tahun Baharu Cina (TBC) 2017. Jumlah pendapatan pelancongan mencatat RMB 423.3 bilion, meningkat 15.9% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam pada itu, jumlah pelancong China ke luar negara pula mencatat 6.15 juta orang, meningkat 7 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Pelancongan ais dan salji menjadi popular di kawasan utara China, manakala kunjungan ramai pelancong ke kawasan selatan China adalah untuk mengelakkan cuaca sejuk.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China