Cari:
Jualan Bunga Api dan Mercun Terus Menurun Sempena Tahun Baharu Cina 2017
2017-02-03 14:59:55 CRI Cetak

Jualan bunga api dan mercun sempena Tahun Baharu Cina (TBC) terus menurun di China selama enam tahun berturut-turut, dengan penyusutan sebanyak 30.3 peratus berbanding tahun lalu. Selain itu, tempoh untuk bermain bunga api dan mercun juga dipendekkan.

Menurut pihak berkuasa Beijing, penduduk Beijing memberikan sambutan dan sokongan kepada seruan kerajaan untuk mengurangkan aktiviti pembakaran bunga api dan mercun sempena TBC.

Menurut statistik, seramai 81 orang tercedera ketika bermain bunga api dan mercun. Angka tersebut menurun 21.4 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Manakala, 62 kebakaran dilaporkan berlaku akibat bermain bunga api dan mercun. Angka tersebut hampir sama dengan tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China