Kapal penyelidikan sains "Xue Long" yang mambawa pasukan penyelidik sains kutub selatan China ke-33 kini sedang berlayar di kawasan perairan Lautan Ross pada 78°41′ latitud selatan. Ini telah membaharui rekod paling selatan yang dicapai oleh kapal penyelidikan sains di dunia ini.
Setelah tiba di kawasan perairan tersebut, pasukan penyelidik sains kutub selatan China melaksanakan siri penyelidikan dan cerapan. Ini juga kali pertama bagi umat manusia melaksanakan penyelidikan sains di kawasan perairan paling selatan di bumi ini.