Cari:
China Desak AS Hentikan Kenyataan Salah Isu Kedaulatan Pulau Diaoyu
2017-02-04 14:37:55 CRI Cetak

China mendesak AS menghentikan kenyataan yang salah berhubung dengan isu kedaulatan Pulau Diaoyu. Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang semalam ketika menjawab pertanyaan wartawan tentang Menteri Pertahanan AS, James Mattis dalam lawatannya di Jepun menegaskan bahawa Perjanjian Kerjasama dan Keselamatan AS-Jepun sesuai digunakan dalam isu Pulau Diaoyu.

Lu menyatakan bahawa apa yang disebut Perjanjian Kerjasama dan Keselamatan AS-Jepun sebenarnya merupakan hasil zaman Perang Dingin yang tidak sepatutnya menjejaskan kedaulatan wilayah dan kepentingan China yang sah.

Lu Kang turut berkata, China mendesak AS mengambil sikap yang bertanggungjawab, jangan merumitkan masalah berkenaan sehingga membawa unsur kurang stabil terhadap situasi rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China