Cari:
THAAD AS Akan Dipasang Tahun ini
2017-02-04 15:15:47 CRI Cetak

Menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan, Menteri Pertahanan negara itu, Han Min-koo telah ditemui rakan sejawatnya dari AS, James Mattis semalam. Kedua-dua pihak menyatakan akan memasang sistem Terminal Altitud Tinggi Kawasan Pertahanan (THAAD) mengikut jadualnya pada tahun ini.

James Mattis dalam sidang akhbar sebelum pertemuan tersebut menyatakan bahawa memandangkan situasi terkini di Semenanjung Korea, AS akan mengambil langkah pertahanan termasuk pemasangan sistem THAAD untuk melindungi tentera AS di Korea Selatan dan Korea Selatan.

Han Min-koo pula berkata, James Mattis memilih Korea Selatan sebagai negara pertama lawatan beliau setelah menyandang jawatan Menteri Pertahanan AS. Hal ini telah menunjukkan pendirian kukuh kerajaan baharu AS terhadap persekutuan Korea Selatan-AS dan harapan AS yang mengukuhkan hubungan persekutuan ini.

James Mattis tiba di Pangkalan Tentera Udara Osan petang 2 Februari lalu untuk mengadakan lawatan selama dua hari di Korea Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China