Cari:
Pasukan Roket Houston Istirahatkan Jersi Yao Ming Nomor 11
2017-02-05 15:45:20 CRI Cetak

Pasukan Liga NBA Roket Houston menghargai Yao Ming dengan mengistirahatkan jersinya nomor 11 pada malam 3 Februari lalu di Stadium Pusat Toyota Houston AS. Yao dan keluarganya menghadiri majlis tersebut atas undangan.

Yao menyatakan bahawa beliau berharap ketika orang ramai melihat jersinya yang tergantung di sana, boleh teringat cerita beliau bersama-sama kawan sepasukan dan juga pelawannya. Ucapan Yao mendapat tepukan tangan yang hangat dan sorakan "kami cintaimu" dari para peminat.

Pemilik Pasukan Roket Houston, Leslie Alexander menghargai Yao Ming, seorang pemain bola keranjang yang cemerlang dan juga utusan persahabatan dari China.

Yao merupakan pemain keenam dari pasukan Roket Houston yang diberi penghargaan dengan mengistirahatkan jersinya bersama-sama Clyde Drexler (22), Calvin Murphy (23), Moses Malone (24), Hakeem Olajuwon (34) dan Rudy Tomjanovich(45).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China