Cari:
AS, Jepun Intensifkan Hubungan Persekutuan
2017-02-05 15:33:46 CRI Cetak

Menteri Pertahanan Jepun, Tomomi Inada telah mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari AS, James Mattis yang sedang membuat lawatan di Jepun semalam. Kedua-dua pihak telah membincangkan isu-isu yang melibatkan situasi serantau, perpindahan kapal terbang Futenma tentera AS dan menyatakan akan terus mengintensifkan hubungan persekutuan Jepun-AS.

James Mattis dalam sidang akhbar selepas pertemuan tersebut menyatakan bahawa kerajaan Trump akan "mengutamakan" rantau Asia Pasifik khususnya Jepun yang dianggap rakan sekutu yang sudah lama.

Tomomi Inada pula berkata, situasi keselamatan semakin tegang di rantau Asia Pasifik. Oleh itu, hubungan persekutuan Jepun-AS "amat penting". Beliau juga berharap lawatan Mattis ke Jepun dan Korea Selatan kali ini dapat memperkasakan kerjasama keselamatan antara ketiga-tiga negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China