Percutian sempena Tahun Baharu Cina baru berakhir.
Seiring dengan perubahan pemikiran rakyat, kini pelancongan menjadi pilihan terkini bagi ramai warga China untuk meraikan Tahun Baharu Cina.
Menurut statistik Jabatan Pentadbiran Pelancongan Nasional China (CNTA), dalam tempoh percutian Tahun Baharu Cina 2017, jumlah pelancong ke seluruh negara meningkat 13.8 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencatat 344 juta orang.
Manakala, jumlah pendapatan daripada sektor pelancongan naik 15.9 peratus, dengan mencatat RMB423.3 bilion (RM273 bilion).
Sama seperti pelancongan domestik, pelancongan ke luar negara juga semakin digemari.
Dalam tempoh percutian Tahun Baharu Cina yang lalu, jumlah warga China yang melancong ke luar meningkat 7 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencatat 6.15 juta orang.
Jumlah pelancong yang menggunakan khidmat agensi pelancongan pula naik 2.5 peratus, dengan mencecah 374 ribu orang.