Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh, manakala lebih 10 lagi cedera selepas satu runtuhan salji menimbus sebuah perkampungan di Barg-i Matal, wilayah Nuristan, bahagian timur Afghanistan semalam.
Dilaporkan, jalan-jalan di kampung tersebut juga mengalami kerosakan.
Kerajaan tempatan sedang mengatur pasukan penyelamat bagi menghantar bantuan kepada semua mangsa.
Setakat ini, angka kematian akibat salji tebal telah meningkat kepada lebih 90 orang di seluruh Afghanistan dalam tempoh 3 hari lalu, di samping memusnahkan lebih 200 kediaman.