China telah menawarkan lebih 10 juta peluang pekerjaan baharu setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Walaupun isu struktur masih wujud, namun secara keseluruhan, prestasi pasaran buruh dijangka kekal stabil pada tahun ini.
Menurut statistik Kementerian Sumber Tenaga Manusia dan Jaminan Sosial China baru-baru ini, jumlah pekerja baharu di bandar dan pekan mencatat 13.14 juta orang pada tahun 2016.
Kadar penganggur berdaftar di bandar dan pekan pada suku tahun keempat tahun 2016 mencatat 4.02 peratus, lebih rendah daripada 4.5 peratus, iaitu sasaran yang dikawal sepanjang tahun 2016.
Angka tersebut menunjukkan pasaran pekerjaan terus kekal stabil.