Terdapat sebahagian syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengemukakan surat terbuka kepada Presiden Donald Trump bagi menggesa larangan kemasukkan warga asing ke AS dipinda.
Surat terbuka tersebut bakal dikemukakan oleh syarikat Apple, Facebook, Google, Microsoft, Yahoo dan Twitter.
Pada 27 Januari lalu, Presiden Donald Trump telah mengeluarkan perintah eksekutif yang melarang kemasukan pelancong dan pendatang dari tujuh buah negara Islam dalam tempoh 90 hari.
Negara-negara yang terlibat ialah Iran, Sudan, Syria, Libya, Somalia, Yaman dan Iraq.
Selain itu, Trump juga mengenakan sekatan selama 120 hari kepada pelarian yang datang ke AS dan tempoh tanpa had kepada pelarian dari Syria.
Sehubungan dengan itu, syarikat teknologi AS tersebut melahirkan kebimbangan bahawa larangan itu akan menjejaskan kepentingan warga asing yang bekerja dengan bersungguh-sunguh dan memberikan sumbangan kepada AS.