Cari:
Bisnis Kedai Bebas Cukai Sanya Makmur pada Musim Cuti TBC
2017-02-06 16:58:29 CRI Cetak

Jumlah pelancong yang melawat ke bandar Sanya, provinsi Hainan di bahagian selatan China mencatat 957 ribu orang dalam tempoh musim cuti Tahun Baharu Cina (TBC) 2017.

Sebagai destinasi pelancongan yang amat popular, Sanya juga mempunyai kawasan beli-belah bebas cukai.

Dalam tempoh TBC tahun ini, kedai bebas cukai di Sanya telah menerima kunjungan 250 ribu orang, meningkat 26 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.

Jualan barangan bebas cukai di Sanya pula mencecah RMB290 juta (RM187 juta).

Bagi memastikan kepuasan para pelanggan, sektor pelancongan dan kedai di Sanya telah membuat persiapan yang rapi sebelum ketibaan TBC bagi menerima kunjungan pelancong yang meningkat dengan mendadak dalam tempoh percutian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China