Menurut laporan kumpulan Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Afghanistan semalam, sejumlah 3,498 orang telah terkorban dalam konflik keganasan di Afghanistan pada tahun 2016, manakala 7,920 lagi cedera.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 923 kanak-kanak dilaporkan maut dan 2,598 lagi cedera.
Angka itu merupakan rekod tertinggi sejak kumpulan tersebut merekodkan jumlah kematian dan kecederaan orang awam pada tahun 2009.
Kumpulan PBB itu melahirkan kebimbangan mengenai pertambahan jumlah tersebut, dan menyeru pelbagai pihak agar melindungi orang awam daripada sebarang konflik.