Ketika mengulas ucapan mantan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) James Mattis mengenai isu Laut China Selatan, jurucakap Kementerian Luar China Lu Kang semalam berkata, sebarang isu perlulah diselesaikan oleh pihak berkaitan melalui saluran diplomasi, di samping mengawal perselisihan melalui rundingan.
Beliau berkata, Laut China Selatan berada dalam keadaan yang aman sekarang.
Selepas China dan negara-negara terlibat mengambil pelbagai tindakan, situasi di Laut China Selatan telah kembali ke landasan yang betul.
China dan negara ASEAN sedang berusaha bersama-sama bagi memelihara keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.
Perselisihan perlu dikawal dan ditangani terus oleh negara berkenaan melalui dialog dan rundingan.
Tindakan tersebut adalah untuk memenuhi kepentingan bersama negara-negara serantau.
Oleh itu, negara di luar rantau juga diharap dapat menghormati kepentingan dan usaha negara rantau ini.