Mantan Presiden Parti Republik dan Demokrasi (URD) Korea Selatan, Moon Jae-in adalah antara calon yang mendapat sokongan paling tinggi dalam kempen pilihan raya presiden.
Hasil tinjauan menunjukkan, Moon Jae-in kini mendapat sokongan paling tinggi dengan 31.2 peratus, diikuti Gabenor Daearh Chungcheong, Ahn hee-jung yang juga anggota URD dengan 13 peratus.
Manakala, pemangku Presiden yang juga Perdana Menteri, Hwang Kyo-ahn pula menduduki tempat ketiga, setelah memperoleh 12.4 peratus.
Pilihan raya Presiden Korea Selatan bakal diadakan pada bulan Disember tahun ini.
Namun, dijangka diadakan lebih awal ekoran pelucutan jawatan Presiden Park Geun-hye .