Speaker Dewan Rakyat Britain, John Simon Bercow melarang Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyampaikan ucapan di Parlimen Britain semasa lawatan beliau ke Britain nanti.
Ketika berucap di dewan perwakilan, John berkata, menyampaikan ucapan di Parlimen Britain memerlukan usaha untuk mendapatkan penghormatan, dan bukannya hak yang diberikan secara automatik.
Beliau juga menentang sekeras-kerasnya rancangan Donald Trump untuk menyampaikan ucapan di Parlimen Britain selepas beliau menyekat kemasukan warga asing.
Pada bulan Januari lalu, Perdana Menteri Britain, Theresa Mary May dalam tempoh lawatan ke AS berkata, Ratu Elizabeth II telah mengundang Presiden Donald Trump untuk mengunjungi Britain pada setengah tahun pertama tahun ini.
Donald Trump juga telah menerima undangan tersebut.
Namun tidak lama kemudian, seramai lebih 1.8 juta rakyat Britain mengemukakan surat melalui laman web Parlimen Britain yang menggesa lawatan Trump itu dibatalkan.