Cari:
Rusia Tidak Anggap Iran sebagai Pengganas
2017-02-07 14:56:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Setiausaha Akhbar Presiden Vladimir Putin, Dmitry Peskov membidas kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump baru-baru ini yang mendakwa Iran tidak menghormati AS dan mengkategorikan negara itu sebagai negara pengganas.

Menurut Dmitri Peskov, Moscow tidak menganggap Iran sebagai negara pengganas, malah wujudnya hubungan rakan yang baik antara Rusia dengan Iran.

Kedua-dua pihak sedang bekerjasama dalam pelbagai isu.

Rusia menghargai dan menyambut baik hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Iran.

Tambah beliau, sudah diketahui umum bahawa Rusia dan AS berpegang pada pendirian yang berbeza dalam banyak isu antarabangsa dan serantau.

Namun, percanggahan pendapat itu tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kedua-dua negara dalam mendorong hubungan bilateral yang membawa manfaat.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China