Cari:
EU Mahu Bersama China Menentang Amalan Perlindungan Perdagangan
2017-02-08 15:27:56 CRI Cetak

Kesatuan Eropah (EU) mengalu-alukan ucapan Presiden China, Xi Jinping dalam Forum Davos baru-baru ini, dan bersiap sedia bekerjasama dengan China untuk menentang amalan perlindungan perdagangan di seluruh dunia.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhanjaya EU bagi perdagangan, Cecilia Malmstrom ketika menyampaikan ucaptama dalam satu simposium mengenai hubungan ekonomi dan perdagangan China-Eropah di Brussels semalam.

Tegas beliau, halangan dan amalan perlindungan perdagangan masih merupakan ancaman bagi Eropah dan negara-negara lain di seluruh dunia. Oleh sebab itu, EU bersedia memperkasakan kerjasama dengan rakan dagang yang lain. Ini dapat membantu menjelaskan kenapa pihaknya amat mengalu-alukan ucapan Presiden Xi dalam Forum Davos 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China