Cari:
Abbas: Undang-Undang Penempatan Baharu Israel Cabul Resolusi UNSC
2017-02-08 15:28:42 CRI Cetak

Undang-undang yang membenarkan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa.

Demikian dinyatakan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam sidang media selepas mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Francois Hollande di Paris semalam.

Abbas menyeru kerjasama masyarakat antarabangsa agar mempercepat pelaksanaan Resolusi 2334 yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) pada penghujung tahun lalu.

Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang kontroversi kelmarin, iaitu membenarkan semua penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dibina tanpa kelulusan kerajaan.

Menurut undang-undang itu, wilayah Palestin seluas 8 kilometer persegi akan menjadi milik Israel.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China