Menteri Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana semalam berkata, Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah menyatakan persetujuan kepada Amerika Syarikat (AS) untuk membina kemudahan ketenteraan di pangkalan tentera Filipina berdasarkan perjanjan antara kedua-dua negara, kecuali stor penyimpanan senjata.
Menurut Delfin Lorenzana, Presiden Rodrigo Duterte telah membenarkan tentera AS untuk membina berek dan kemudahan ketenteraan di pangkalan tentera Filipina, namun menyimpan senjata tidak dibenarkan.
Menurut Kementerian Pertahanan Filipina, AS telah mula membina kemudahan di pangkalan tentera negara itu, termasuk gudang, landasan kapal terbang, dan lain-lain.