Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang semalam berkata, kerjasama ketenteraan sesetengah negara di rantau ini harus bermanfaat bagi memelihara keamanan dan kestabilan serantau, bukan menimbulkan ketegangan.
Dilaporkan, tentera laut Amerika Syarikat (AS) pernah bercadang untuk menempatkan kapal pemusnah di Pulau Jeju, Korea Selatan.
Jurucakap Kementerian Luar Korea Selatan memaklumkan bahawa negara itu akan mempertimbangkan cadangan tersebut.
Ketika mengulas perkara tersebut, Lu Kang berkata, China akan mengemukakan bantahan sekiranya kerjasama tersebut mempengaruhi keselamatan China.