Cari:
Iran Berhasrat Majukan Sektor Pelancongan
2017-02-08 13:38:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Ekspo Pelancongan Antarabangsa Tehran ke-10 yang berlangsung selama empat hari telaj diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Tehran baru-baru ini.

Ekspo tersebut turut disertai agensi pelancongan dari 21 buah negara termasuk China, Turki, Korea Selatan dan Swizterland serta lebih 400 agensi pelancongan domestik.

Naib Presiden Pertubuhan Warisan Kebudayaan, Kraf tangan dan Pelancongan Iran, Morteza Rahmani Movahed berkata, Iran kini telah membuka pintu kepada dunia luar dan perubahan politik global tidak akan memberikan impak negatif kepada sektor pelancongan negara itu.

Beliau yakin bahawa Iran akan menjadi destinasi pelancongan yang popular di dunia pada tahun 2017.

Selepas masyarakat antarabangsa membatalkan sekatan terhadap Iran, kerajaan Iran meletakkan harapan kepada sektor pelancongan untuk membantu memulihkan ekonomi negara, di samping melaksanakan pelan pelaburan yang menelan kos USD25 bilion bagi memajukan sektor tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China