Gempa bumi sebanyak 497 kali berlaku di wilayah Canakkale, barat laut Turki dalam tempoh tiga hari yang lalu.
Setakat ini, tiada kematian atau kecederaan serius dilaporkan.
Menurut media Turki, gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Ritcher yang mula berlaku pada awal pagi 6 Februari lalu telah mengakibatkan lapan orang cedera.
Gempa bumi susulan mengakibatkan hampir 300 rumah ranap.
Penduduk tempatan terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara yang disediakan oleh pasukan penyelamat.
Selain itu, penduduk tempatan juga menjadikan kontena sebagai tempat berlindung daripada cuaca sejuk.
Menteri Alam Sekitar dan Perbandaran Turki, Mehmet Ozhaseki semalam memberi amaran bahawa 42 peratus daripada jumlah keseluruhan wilayah di negara itu berada pada zon gempa aktif.
Oleh itu, bangunan yang cukup kuat harus dibina.