Cari:
Pertubuhan Palestin Mohon Pembinaan Penempatan Haram Dihentikan
2017-02-09 14:39:10 CRI Cetak

Sebanyak 17 pertubuhan tempatan Palestin menyerahkan satu permohonan kepada Mahkamah Tinggi Israel semalam untuk meminta mahkamah berkenaan menolak undang-undang yang membenarkan penempatan haram Yahudi dibina di Tebing Barat.

Semua 17 pertubuhan tersebut adalah daripada kawasan yang terlibat dalam undang-undang itu.

Mereka menyerahkan permohonan tersebut kepada Mahkamah Tinggi Israel melalui dua pertubuhan undang-undang dan bantuan hak asasi manusia Israel.

Kedua-dua pertubuhan itu dalam satu kenyataan menyebut, undang-undang tersebut mengizinkan Israel merampas wilayah Palestin di Tebing Barat dan mencerobohi hak asas penduduk Palestin di kawasan tersebut.

Tindakan itu bukan sahaja mencabuli undang-undang antarabangsa, malah melanggar undang-undang asas Israel.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China