Cari:
Shinzo Abe Lawat AS
2017-02-10 15:32:47 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Ab bertolak ke Amerika Syarikat (AS) semalam untuk mengadakan rundingan dengan Donald Trump di Washinton.

Sebelum bertolak, Abe, ketika di lapangan terbang berkata, lawatan kali ini bertujuan untuk memperkasakan hubungan dengan AS dan berusaha untuk mendorong kerjasama ekonomi dua hala.

Penganalisis berpendapat, kerjasama perdagangan dan ekonomi Jepun-AS akan menjadi topik utama dalam rundingan tersebut.

Selepas dilantik sebagai Presiden, Trump sering mengkritik Jepun dalam isu perdagangan dan kadar pertukaran mata wang.

Menurut Trump, kemasukan produk AS ke pasaran Jepun tidak begitu lancar, selain mengkritik Jepun sengaja merendahkan kadar pertukaran Yen bagi memperoleh lebihan eksport.

Selain itu, oleh sebab Trump telah mengumumkan penarikan diri AS daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), maka Trump dijangka akan mengadakan rundingan dengan Jepun tentang perjanjian perdagangan dua hala.

Sehubung dengan itu, Abe menyatakan bahawa pihaknya berharap dapat mewujudkan kerjasama menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China