Cari:
Israel Serang Gaza
2017-02-10 16:09:05 CRI Cetak

Pesawat pejuang Israel mengebom bahagian selatan Gaza yang berjiran dengan Mesir pagi semalam, mengakibatkan dua rakyat Palestin maut dan lima lagi cedera.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataan telah mengenal pasti mangsa serangan udara itu.

Kedua-dua mangsa yang terkorban adalah lelaki.

Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital di bandar Rafah, bahagian selatan Gaza.

Menurut kenyataan itu, sasaran serangan Israel adalah terowong bawah tanah yang terletak di sempadan kawasan Gaza dengan Mesir.

Pihak tentera Israel kelmarin mengeluarkan kenyataan bahawa bandar Eilat, bahagian paling selatan Israel, telah diserang dengan empat peluru roket.

Peluru roket yang dipercayai dilancarkan dari Semenanjung Sinai, Mesir itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

Jurucakap Israel menegaskan, serangan udara Israel kali ini adalah untuk balas dendam terhadap serangan peluru roket itu.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China