Cari:
Daesh Mengaku Bom Mahkamah Agung Afghanistan
2017-02-10 11:36:21 CRI Cetak

Kumpulan militan Daesh semalam mengaku bertanggungjawab atas serangan bom berani mati yang berlaku di Kabul, Afghanistan pada 7 Februari lalu.

Dilaporkan, selain mengaku bertanggungjawab, Daesh juga menyiarkan satu gambar penyerang.

Serangan bom berani mati berlaku di luar Mahkamah Agung yang terletak di Kabul, Afghanistan pada 7 Februari lalu.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan Afghanistan, serangan berdarah itu telah mengakibatkan 21 maut, termasuk 9 orang wanita, manakala 41 lagi cedera.

Kesatuan Eropah (EU) turut mengeluarkan kenyataan mengecam serangan itu.

Menurut kenyataan tersebut, EU menyokong sepenuhnya usaha kerajaan dan rakyat Afghanistan dalam membanteras keganasan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China