Pesta Cap Goh Mei bakal disambut pada 11 Februari ini.
Sejenis kuih yang dikenali sebagai "Yuanxiao" menjadi makanan yang amat laris di negara ini.
Kuih Yuanxiao yang dijual di sesetengah kedai yang bersejarah menjadi rebutan para pelanggan, sehingga ada pelanggan yang sanggup menungu selama beberapa jam untuk membelinya.
Yuanxiao diperbuat daripada tepung beras dan mempunyai pelbagai pilihan inti, antaranya termasuklah bijan dan coklat, di samping amat digemari oleh pelbagai lapisan usia.
Kuih Yuanxiao merupakan makanan wajib yang dimakan pada Pesta Cap Goh Mei, sekali gus menambahkan keceriaan bagi sambutan pesta tersebut.