Cari:
AS, Jepun Janji Tingkatkan Kerjasama Keselamatan dan Ekonomi
2017-02-11 15:16:31 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang dalam rangka lawatan ke negara itu semalam.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan bagi memperkukuh hubungan bersekutu, di samping memperkasakan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala.

Pemimpin kedua-dua negara dalam kenyataan bersama selepas rundingan berkata bahawa AS komited untuk melindungi Jepun dengan menggunakan kekuatan tentera termasuk senjata biasa dan senjata nuklear dan komitmen ini "tidak akan berubah".

Dalam pada itu, mereka menegaskan perlunya meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara satu sama lain. Menurut kenyataan itu, disebabkan oleh pengunduran AS daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), maka rundingan AS-Jepun akan diadakan dibawah rangka dua hala untuk mencari cara terbaik demi mencapai matlamat tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China