Beratus-ratus ribu warga Iran mengadakan perhimpunan untuk memperingati ulang tahun ke-38 kemenangan Revolusi Islam Iran dan membantah sekatan baharu yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara itu.
Presiden Iran, Hassan Rouhani dalam ucapan pada satu perhimpunan di Dataran Azadi menyifatkan perhimpungan berkenaan sebagai simbol kuasa negara, sambil menyatakan mereka yang memberi ancaman kepada rakyat Iran pasti akan menyesali kelakuannya.
Beliau turut berkata, perhimpunan tersebut merupakan respons rakyat Iran terhadap sekatan baharu AS. Semangat Revolusi Islam sudah berakar umbi dalam hati setiap warga Iran dan tidak dapat dimusnahkan.