Kerajaan AS amat memahami betapa pentingnya dasar "satu China" dan akan terus mempertahankan dasar tersebut.
Demikian dinyatakan Presiden AS, Donald Trump dalam perbualan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping semalam.
Sehubungan dengan itu, pakar dan sarjana dari sesetengah negara menyatakan bahawa kenyataan Trump itu berfaendah bagi perkembangan hubungan China-AS kerana dasar berkenaan merupakan asas politik kepada hubungan kedua-dua negara.
Pengarah Pusat Pengajian China, Institut Sejong Korea Selatan, Lee Tae-hwan berkata, kenyataan Trump itu memperlihatkan AS tidak akan menjejaskan kepentingan teras China dan berhasrat untuk terus bekerjasama dengan China.
Naib Presiden Kelab 48 Kumpulan Britain, Keith Bennett yang menceburkan diri dalam perdagangan dengan China berkata, dasar "satu China" merupakan asas kepada hubungan China-AS. Di samping itu, Presiden AS mesti menerima fakta bahawa China dan AS berkongsi tanggungjawab dalam urusan antarabangsa. Isu-isu antarabangsa yang penting sukar untuk ditangani dengan baik tanpa penyertaan China.