Empat pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) dalam kenyataan di Geneva semalam, menyeru pelbagai negara serantau dan masyarakat antarabangsa memperkasakan kerjasama dan mengambil tindakan bersepadu bagi menyelesaikan isu kebanjiran pelarian ke Eropah melalui Libya.
Menurut kenyataan itu, masyarakat antarabangsa perlu meneliti punca isu tersebut, di samping membantu pelarian supaya melakukan penghijrahan dengan kaedah yang munasabah dan memperoleh pernaungan sewajarnya.
Menurut emapt pegawai kanan PBB itu, ramai pelarian yang terkandas di Libya ditangkap tanpa sebarang prosedur undang-undang. Mereka ditahan di rumah tahanan yang keadaannya sangat buruk, dan sering menghadapi masalah kekurangan makanan.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh PBB pada awal tahun ini, seramai 363 ribu orang pelarian dan pendatang haram memasuki negara Eropah melalui Mediterranean sepanjang tahun 2016. Sekurang-kurangnya 5,079 orang daripada mereka mati lemas di laut.