Cari:
Kerjasama China-AS Beri Manfaat kepada Dunia  
2017-02-11 15:16:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sesi perbualan antara presiden China dan AS melalui telefon pada 10 Februari lalu diadakan berdasarkan kata sepakat yang dicapai kedua-dua pihak dalam perbincangan sebelum ini. Pemimpin kedua-dua negara menanti-nantikan untuk mengadakan pertemuan seawal mungkin dan kerajaan kedua-dua pihak sedang menjalankan kordinasi yang rapat dalam hal ini.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing semalam.

Menurut jurucakap itu, China merupakan negara membangun yang paling besar, manakala AS negara maju yang paling besar di dunia. Kedua-dua negara, selaku dua entiti ekonomi paling besar di dunia, mempunyai potensi yang besar bagi mengintensifkan kerjasama antara satu sama lain.

Kata jurucakap itu, kerjasama China-AS bukan sahaja membantu menambah baik kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, malah bakal memberikan manfaat kepada seluruh dunia. China bersedia bekerjasama dengan AS bagi mempertingkat pertukaran di pelbagai peringkat, di samping memperluas kerjasama pragmatik di peringkat bilateral, serantau dan global dan menangani isu-isu sensitif dengan baik berdasarkan prinsip tidak berkonfrontasi, saling menghormati dan menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China