Warga Korea Selatan yang menyokong dan menentang usul memecat Presiden Park Geun-hye masing-masing mengadakan perhimpunan di Seoul semalam. Pihak penyokong menuntut Mahkamah Perlembagaan meluluskan pendakwaan terhadap Geun-hye secepat mungkin, manakala pihak penentang mahu usul berkenaan ditolak.
Dalam perhimpunan di Dataran Gwanghwamun malam semalam, seramai 700 ribu warga Korea Selatan memegang lilin sambil menuntut Mahkamah Perlembagaan mempercepat perbicaraan terhadap usul pemecatan Geun-hye. Mereka turut mengkritik percubaan Geun-hye dan parti pemerintah untuk menangguhkan perbicaraan usul tersebut.
Di samping itu, dalam seramai perhimpunan di hadapan Istana Deoksugung petang semalam, lebih 2 juta penyokong Geun-hye menuntut usul pemecatan Geun-hye ditolak oleh Mahkamah Perlembagaan.