Mahkamah Hal Ehwal Darurat Mesir semalam mengisytiharkan gerakan militan Hasm yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Muslim Brotherhood sebagai pertubuhan pengganas.
Hasm pernah mengaku bertanggungjawab atas beberapa serangan di Kaherah, temasuk dua pembunuhan terancang yang masing-masing menyasarkan seorang pegawai pendakwa kanan dan seorang pemimpin agama pada bulan Julai dan Ogos, serta serangan bom terhadap satu pos pemeriksaan berhampiran Piramid Giza pada Disember tahun lalu yang mengakibatkan sekurang-kurang 6 polis terbunuh dan 6 lagi cedera.