Cari:
Ratusan Imigran Haram Ditahan di AS
2017-02-12 15:39:55 CRI Cetak

Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Persekutuan (ICE) Amerika Syarikat menahan ratusan imigran haram dalam serbuan besar-besaran di seluruh negara pada minggu lalu.

Jurucakap Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS), Gillian Christensen menyatakan, tindakan tersebut merupakan operasi biasa. Kebanyakan yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan telah mengancam keselamatan awam atau mekanisme imigrasi di negara itu. Namun, menurut laporan "Washington Post", sesetengah imigran tanpa izin yang tiada rekod jenayah juga ditahan.

Walaupun bilangan imigran haram yang ditahan pada minggu lalu belum didedahkan oleh pihak berkuasa AS, tetapi berdasarkan laporan media tempatan, terdapat 161 imigran haram sudah ditahan di Los Angeles, manakala lebih kurang 200 lagi di Atlanta. Selain itu, ICE turut menahan pendatang tanpa dokumen perjalanan sah yang tinggal di Chicago dan New York.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China