Cari:
China Negara Tetamu Utama dalam TIF di Greece
2017-02-12 15:50:30 CRI Cetak

China dipilih sebagai negara tetamu utama dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa Thessaloniki (TIF) yang bakal diadakan di Greece pada tahun ini.

Duta Besar China ke Greece, Zou Xiaoli berkata, China dan Greece telah mencapai kata sepakat untuk membangunkan Pelabuhan Piraeus sebagai hab pengangkutan di Laut Mediterranean, malah seluruh Eropah, sekali gus menjadi fulkrum penting bagi menjayakan kerjasama inisiatif "Jalur dan Laluan".

Presiden Lembaga Pengarah TIF, Anastasios Tzikas berkata, pihaknya mengundang China sebagai negara tetamu utama dalam pameran berkenaan bagi memperkukuh kerjasama ekonomi kedua-dua negara dan menyumbang kepada perkembangan hubungan dua hala. Dalam pada itu, pelbagai aktiviti yang bertemakan ekonomi dan kebudayaan bakal diadakan, bagi memperkasakan kerjasama China-Greece dalam bidang sumber tenaga, telekomunikasi, teknologi dan logistik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China