Cari:
DPRK Lancar Peluru Berpandu Balistik
2017-02-12 15:24:03 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) melancarkan sebutir peluru berpandu balistik ke arah kawasan perairan timur Semenanjung Korea pagi tadi.

Menurut pihak tentera Korea Selatan, pelancaran itu dijalankan pada 7.55 pagi waktu tempatan. Jarak penerbangan peluru berpandu itu dianggarkan kira-kira 500 kilometer.

Menurut sumber pihak tentera Korea Selatan, peluru berpandu yang dilancarkan oleh DPRK kali ini bukan peluru berpandu antara benua, tetapi ia mungkin peluru berpandu "Rodong" atau "Musudan" yang sudah dinaiktarafkan.

Pihak DPRK masih belum membuat sebarang laporan mengenai peristiwa tersebut setakat ini. 

Pada 8 Januari lalu, Kementerian Luar DPRK berkata bahawa kerja persiapan untuk pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) telah memasuki fasa terakhir. Peluru berpandu berkenaan akan dilancarkan pada bila-bila masa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China