Cari:
Pungutan Suara Turki 16 April
2017-02-12 16:14:04 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tertinggi Turki, Sadi Guven semalam mengumumkan pungutan suara akan diadakan di negara itu pada 16 April nanti bagi memutuskan sama ada meluluskan rang pindaan Perlembagaan atau tidak. Rang pindaan Perlembagaan itu bertujuan mengakhiri sistem parlimen, manakala mewujudkan sistem Presiden di Turki, dan memberikan kuasa yang sebenar kepada presiden dan memansuhkan jawatan perdana menteri.

Rang pindaan itu perlu memperoleh sekurang-kurangnya 51% sokongan daripada rakyat untuk diluluskan. Sekiranya ia diluluskan, Turki akan mengadakan pilihan raya presiden pada tahun 2019, sekali gus menamatkan sistem parlimen yang diwujudkan sejak tahun 1923.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China