Tarikh 11 Februari adalah hari perayaan Cap Goh Mei menurut kalendar imlek Cina. Karnival Tanglung yang paling besar di China telah diadakan di tebing Sungai Qinhuai, bandar Nanjing pada hari itu.
Setakat pukul 10 malam hari berkenaan, karnival tanglung tersebut telah berjaya menarik kedatangan lebih 600 ribu pengunjung hingga pihak polis terpaksa mengeluarkan amaran keras pada pukul 9.30 malam bagi mengingatkan penduduk agar tidak memilih mengunjungi kawasan tersebut lagi.
Untuk mengawal keselamatan para pengunjung, pihak polis telah menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) berdefinisi tinggi bagi memantau jumlah pelancong dan kes-kes kecemasan.
Lebih 5000 anggota polis turut ditempatkan di kawasan berkenaan untuk membantu para pelancong.