Cari:
Korea Selatan Kecam Pelancaran Peluru Berpandu DPRK
2017-02-13 16:00:19 CRI Cetak

Kementerian Luar Korea Selatan semalam mengeluarkan kenyataan yang mengecam pelancaran peluru berpandu Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) kerana melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC), selain menjadi ancaman serius bagi keselamatan dan keamanan Semenanjung Korea serta dunia.

Pihak tentera Korea Selatan memaklumkan, DPRK telah melancarkan peluru berpandu dari Banghyeon, Pyonganpuk-do pada pukul 7.55 pagi waktu tempatan.

Peluru berpandu itu terbang kira-kira 500 kilometer sebelum jatuh ke laut, dengan jarak 500 kilometer.

Jabatan Presiden Korea Selatan semalam mengadakan mesyuarat tergempar bagi meneliti perkara tersebut.

Pemangku Presiden yang juga Perdana Menteri Korea Selatan, Hwang Kyo-ahn menyatakan bahawa kerajaannya akan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi memastikan DPRK dikenakan hukuman.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China