Cari:
Xi Jinping Hubungi Trump Tunjuk Isyarat Positif
2017-02-13 10:49:25 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden China, Xi Jinping buat julung-julung kalinya menghubungi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerusi telefon pada 10 Januari lalu.

Kedua-dua pihak sebulat suara menunjukkan keyakinan mengenai perkembangan hubungan dua hala antara China dengan AS yang dipercayai mempunyai prospek yang cerah pada masa hadapan.

Presiden Xi berkata, kedua-dua negara diyakini dapat menjalinkan perkongsian yang amat baik.

Trump percaya, hubungan bilateral AS-China dapat berkembang ke tahap yang lebih tinggi berikutan perkongsian yang semakin erat melalui usaha bersama.

Xi Jinping dan Trump turut melahirkan hasrat untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan secepat mungkin serta mengekalkan pertukaran dan merapatkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.

Selain itu, Trump juga menegaskan bahawa kerajaannya tetap melaksanakan dasar Satu China.

Sehari sebelum ini, Trump mengutuskan surat bagi mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada pemimpin negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China