Cari:
AS dan Jepun Tingkatkan Perikatan Ketenteraan dan Kerjasama Ekonomi
2017-02-13 11:48:25 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah mengadakan rundingan di Rumah Putih pada 10 Februari lalu.

Kedua-dua pihak berjanji akan meningkatkan hubungan rakan sekutu dalam bidang keselamatan, di samping memperkasakan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala.

Pertemuan tersebut merupakan pertemuan sulung antara Trump dengan Abe sejak Trump terpilih sebagai Presiden AS.

Menurut laporan media Jepun, tujuan Abe segera mengadakan lawatan ke AS adalah untuk menghapuskan kebimbangan dunia mengenai hubungan Jepun-AS dan membuktikan bahawa hubungan itu tetap utuh seperti dahulu.

Sebelum lawatan itu bermula, Abe telah pun mengumumkan pelan pelaburan Jepun di AS yang bernilai USD150 bilion (RM667 bilion), yang menawarkan hampir 700 ribu peluang pekerjaan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Ketika dalam pertemuan dengan Trump pula, beliau mencadangkan kedua-dua negara mengadakan dialog ekonomi baharu yang merangkumi pelbagai bidang bagi mengintensifkan kerjasama ekonomi dua hala.

Trump telah bersetuju dengan cadangan itu.

Selain itu, kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama selepas pertemuan itu berakhir menyatakan bahawa perikatan ketenteraan antara AS dengan Jepun merupakan batu asas dalam usaha memelihara kedamaian dan kemakmuran Asia Pasifik.

AS komited melindungi Jepun dengan menggunakan semua kekuatan ketenteraannya, termasuk senjata konvensional dan nuklear.

Perjanjian itu tidak akan berubah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China