Wu Yishu, 16, pelajar sekolah menengah dari Shanghai menjadi juara dalam pertandingan Chinese Poetry Conference anjuran CCTV China yang telah menutup tirainya di Beijing baru-baru ini.
Program popular tersebut berjaya membangkitkan semula minat generasi muda untuk mempelajari puisi dan sajak klasik yang dihasilkan pada zaman purba China.
Kaji selidik terkini yang dijalankan oleh pusat tinjauan sosial akhbar China Youth Daily ke atas 2000 responden yang berumur antara 18 hingga 35 tahun menunjukkan bahawa 18.5 peratus responden mempelajari dan selalu membaca puisi dan sajak klasik China, dan 70 peratus berpendapat masih perlu memupuk minat terhadap puisi klasik.