Seorang lelaki yang cedera dalam kemalangan koc "13 Februari" gagal diselamatkan selepas menerima rawatan kecemasan sepanjang malam semalam.
Demikian pengumuman Hospital Wan Fang Taipei pagi tadi.
Menurut Perkhidmatan Bomba Taipei, 33 orang disahkan maut, manakala 11 lagi cedera akibat kemalangan ngeri itu.
Tanah Besar turut melahirkan kebimbangan akan insiden tersebut.
Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara dan Persatuan Hubungan Seberang Selat Taiwan (ARATS) masing-masing menzahirkan rasa dukacita terhadap semua mangsa yang terkorban serta mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mangsa.
Sebuah bas persiaran yang membawa 42 penumpang dan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pemandu terbalik di satu jalan raya utama di bandar Taipei, ibu kota provinsi Taiwan pada kira-kira pukul 9.06 malam pada 13 Februari lalu.