Cari:
China Bantah Tindakan DPRK Lancarkan Peluru Berpandu
2017-02-14 11:54:03 CRI Cetak

Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) telah menetapkan peraturan yang jelas mengenai penggunaan teknologi peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) baru-baru ini.

China menentang sekeras-kerasnya tindakan DPRK yang ternyata melanggar resolusi itu.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang di Beijing semalam.

DPRK telah berjaya melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederahana dan jauh kelmarin.

Sehubungan dengan itu, Geng Shuang menyatakan bahawa pihak terbabit sepatutnya tidak mengambil tindakan yang saling menyakitkan, sekali gus memuncakkan ketegangan di Semenanjung Korea.

Pelbagai pihak perlu bertenang dan bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan rantau ini.

Menurut laporan lain, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang menggesa PBB agar mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan DPRK itu.

Tambah Geng Shuang lagi, pihak China telah dimaklumkan bahawa UNSC akan membincangkan perkara itu dan China akan menyertai perbincangan tersebut dengan sikap bertanggungjawab dan membina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China