Cari:
China Bantah Kenyataan Jepun-AS mengenai Pulau Diaoyu dan Laut China Selatan
2017-02-14 13:09:26 CRI Cetak

Baru-baru ini, pemimpin Jepun dan Amerika Syarikat (AS) dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama menyatakan bahawa fasal kelima Perjanjian Kerjasama dan Keselamatan AS-Jepun sesuai digunakan untuk menangani isu Pulau Diaoyu.

Selain itu, kedua-dua negara juga menggesa sebarang tindakan yang boleh meruncingkan situasi Laut China Selatan perlu dielakkan termasuk membangunkan pulau dan terumbu dengan kemudahan ketenteraan.

Sehubungan dengan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang berkata, China membantah sekeras-kerasnya tindakan Jepun memujuk AS untuk menyokong tuntutannya terhadap Pulau Diaoyu berdasarkan Perjanjian Kerjasama dan Keselamatan AS-Jepun.

Pulau Diaoyu dan gugusan kepulauan di sekitarnya adalah wilayah China sejak zaman purba.

China berharap agar Jepun dan AS sentiasa berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan dan mengambil sebarang tindakan, berhenti daripada mengeluarkan pendapat yang tidak benar bagi mengelakkan isu berkenaan semakin rumit, sekali gus mencetuskan pengaruh negatif kepada kedamaian dan kestabilan serantau.

Terdapat negara yang menghantar kapal dan pesawat ke kawasan perairan Laut China Selatan dengan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kekuatan tentera masing-masing atau sengaja membangkitkan perselisihan.

Perkara tersebut barulah boleh dikatakan faktor utama dalam menenterakan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China