Cari:
UNSC Gesa DPRK Hentikan Pelancaran Peluru Berpandu
2017-02-14 14:33:40 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) semalam mengeluarkan kenyataan kepada media yang mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) serta menggesa DPRK segera menghentikan tindakan tersebut.

UNSC telah mengadakan mesyuarat tergempar secara tertutup bagi membincangkan isu tersebut semalam.

Selepas rundingan itu berakhir, Vloldymyr Yelchenko, Wakil Tetap Ukraine iaitu negara pengerusi UNSC bergilir bulan ini, telah mengumumkan kenyataan kepada media.

Menurut kenyataan itu, pelancaran DPRK itu telah melanggar resolusi UNSC.

UNSC amat memberikan perhatian terhadap tindakan DPRK yang melancarkan peluru berpandu balistik dan ujian nuklear tanpa menghiraukan keputusan UNSC.

Tegas UNSC lagi, DPRK diharap tidak akan melanggar resolusi UNSC lagi, termasuk ujian nuklear, sekali gus mematuhi resolusi UNSC secara menyeluruh.

Dalam kenyataan tersebut, UNSC turut menegaskan peri pentingnya usaha memelihara kedamaian dan kestabilan Semenanjung Korea dan kawasan Asia Timur Laut.

Selain itu, UNSC juga komited untuk menangani situasi tersebut berdasarkan saluran politik, di samping mengalu-alukan anggota UNSC dan negara lain membantu mencari jalan penyelesaian yang damai dan komprehensif melalui dialog.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China