Cari:
UAV China Bakal Beroperasi di Dubai
2017-02-15 14:38:03 CRI Cetak

Jabatan Pengangkutan Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini mengumumkan bahawa Dubai akan menjadi bandar pertama di dunia yang membenarkan operasi pesawat tanpa juruterbang (UAV) pada bulan Julai nanti.

UAV yang bakal digunakan di Dubai ialah "Ehang 184" yang dihasilkan oleh China.

UAV tersebut merupakan UAV pertama yang boleh membawa penumpang di dunia.

Ehang 184 yang menggunakan tenaga elektrik boleh terbang selama setengah jam atau 50 kilometer setelah dicas penuh, selain mampu membawa muatan sehingga 117 kilogram.

Penumpang hanya perlu menetapkan destinasi, manakala pusat kawalan akan mengawal dan memantau penerbangan ke tempat yang hendak dituju melalui jaringan Internet 4G.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Dubai, Mattar al-Tayer berkata, pihaknya berusaha untuk menjadikan Dubai sebagai bandar pintar. Pengangkutan tanpa pemandu merupakan faktor utama bagi pembangunan bandar tersebut.

Ehang 184 telah banyak kali digunakan ujian bagi memastikan operasi berjalan mengikut jadual.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China